Pages

Tuesday, 12 April 2011

Kisah hidup seorang Wanita Penggoda

Salam..Kalau kite bace kisah zulaika dalam Al-Quran memang menarik, beliau di gambarkan seorang wanita yg tertarik dgn ketampanan Nabi Yusuf,sejak kecil yusuf dipelihara oleh zulaika sebagai anak angkat.Dia diberi didikan dengan penuh kasih saying dan hidup dlm keadaan mewah dan senang.Nabi Yusuf meningkat dewasa dan membesar sebagai jejaka yang tegap,tampan dan akhlaknya yg mulia telah menukar kasih sayangnya menjadi cinta seorang wanita kpd seorang lelaki..keinginannya semakin kuat utk selalu sentiasa berada disamping Yusuf.Zulaika cuba menahan perasaanya,namun semakin dilawan semakin menjadi-jadi keinginannya

      
                Gejolak Berahi Yang Mendalam


Zulaika tak sanggup menunggu lebih lama lagi.Dia menyimpan pelbagai khayalan dan cita2 curangnya.mgkn itu sudah menjadi tabiat semulajadi wanita ketika mengidamkan sesuatu yg bernama hawa nafsu dan kali ini dia nekad utk merealisasikan segala khayalannya itu..setelah mnghias dirinya secantik mungkin dan memakai wangi-wangian,zulaika meminta pelayannya utk panggil Nabi yusuf menghadapnya.Zulaika pasti suaminya tak kan pulang malam itu,Nabi Yusuf pulak hairan mengapa dia dipanggil mlm2 begitu, tentu adahal yg mustahak sangkanya dlm hati.Dia pun mengetuk pintu zulaika, zulaika yg mmg sudah lama menanti kehadirannya terus saja mempelawa dia masuk dn menutup pintu kembali. Nabi Yusuf masuk dan dia agak terkejut dengan keadaan zulaika yg berpakaian nipis menggoda dan bilik yg harum semerbak, Nabi Yusuf terasa bagaikan memasuki bilik pengantin.Perasaannya separuh terperanjat n takut.Zulaika cuba mendekati Nabi Yusuf setapak dia mendekatinya setapak nabi Yusuf Kebelakang “jangan kau cuba menjauhi diriku, aku hampir binasa krn rindu pada mu” Nabi Yusuf diam tanpa jawapan. “aduhai yusuf betapa indahnya rambut mu….” Zulaika cuba menggoda
“inilah Sesuatu yg pertama kali akan berhamburan dari tubuh ku bila aku mati nanti” jawab Yusuf Tegas
“Yusuf batapa indahnya kedua mata mu” pujuk zulaika lagi
“kedua ini adlah benda yg pasti akan terlepas drpd ku dan akan mengalir dimuka bumi ini” Jawab Nabi Yusuf
Zulaika berkata lagi dan menghmpirinya lagi,tangannya menyentuh wajah Nabi Yusuf “betapa tampanya wajah mu yusuf dan bibir mu yg indah buat hatiku gelisah”
“tanah kelak akan melumatkanya” jawab Yusuf selamba
“telah terbuka tubuhku kerana ketampanan mu wahai yusuf dan segalanya milik mu” kata zulaika manja sambil memeluk Nabi yusuf erat
“syaitan menolong mu utk berbuat hal itu” kata nabi yusuf,sambil menolak zulaika ketepi,wajahnya pucat dan tubuhnya menggeletar ketakutan
“yusuf! Bagaimana pun aku harus mendapatkan apa yg selama ini ku dambakan dan kini engkau dtg kerananya”  Yusuf menjawab “kemanakah aku akan lari dari murka Allah jika aku menderhakaiNya”
Walaupun dipujuk rayu yusuf tetap mempertahankan maruahnya.Zulaika tak berputus asa dia tetap juga ingin memeluk Nabi yusuf.Nabi yusuf melarikan dirinya ke pintu.Zulaika yg hilang pertimbangan mengejar Nabi Yusuf dari belakang dan tanganya sempat menarik baju Yusuf sehingga terkoyak.
Ketika itu muncul Al-Aziz dan saudara sepupunya di ambang pintu.
  Dengan serta merta Zulaika berkata:
“Apakah hukuman bagi org yg berbuat serong terhadap isteri mu selain dipenjarakan dan diseksa dgn seksaan yg pedih?’’ sengaja zulaika berkata begitu supaya menunjukkan nabi Yusuf yg bersalah.
Al-Aziz sgt marah tapi tak tergamak  mengatakan Nabi Yusuf yg bersalah.Dia tahu nabi yusuf pemuda yg taat,patuh dan baik.
Nabi yusuf hanya mendiamkan diri bila dirinya difitnah.Diserahkan segalanya kpd Allah utk menghukum siapa yg benar dan salah diantara mereka.Dengan takdir Allah bayi yg masih menyusu,anak kpd sepupu zulaika tiba2 berkata:
  “jika bajunya koyak dibahagian hadapan, wanita itulah yg benar dan Yusuf termasuk org yg dusta.dan jika bajunya koyak dibahagian belakang maka perempuan itulah yg dusta dan yusuf termasuk org2 yg benar”
          Inilah diantara tujuh org bayi ajaib yg Allah izinkan boleh bercakap.
Al-Aziz segara memeriksa,di dapati baju Yusuf koyak dibahagian belakang.bersihlah Nabi Yusuh dari segala tuduhan.manakala Al-Aziz meminta Nabi Yusuf merahsiakan perkara tersebut
          Setelah Nabi Yusuf pergi, Al-Aziz berkata: “sesungguhnya inilah tipu muslihat mu,yg dahsyat mohon ampunlah atas dosa mu itu, krn sesungguhnya kamu trmasuk org2 yg berbuat mungkar dan dosa”
     Zulaika x dpt menahan kemarahannya, hatinya masih sakit krn Nabi Yusuf  tdk mau melayannya. “celaka kamu wahai yusuf” katanya didalam hati “Aku tdk akan melepaskan mu, Aku akan mencari jalan utk memperdayakan mu hingga engkau memenuhi kehendak ku.”
     Al-Aziz kedudukannya sebagai suami mula tercabar.apalah maknanya klu jawatan perdana memteri di sandang tetapi isterinya berlaku curang.Dia tahu isterinya masih menyimpan perasaan terhadap Yusuf
     Urusan Negara terpaksa dikurangkan,dicuba memujuk dan member peerhatian kpd zulaika.Tetapi zulaika tetap menunjukkan kebenciannya.Al-Aziz akui dia tak dpt memenuhi kehendak zulaika, dia tak mampu melayannya inikan pula memberikan zuriat..Usianya yg sudah lanjut sedangkan zulaika masih muda lagi.peristiwa yg terjadi benar2 menakutkan dirinya.
   Dikalangan masyarakat Mesir, peristiwa itu sudah tdk menjadi rahsia lagi.Dalam setiap perbualan,tiada kisah lain yg dibentangkan tak lain tak bukan kisah isteri Al-Aziz dan Nabi Yusuf.Akhirnya berita itu diketahui oleh zulaika.Hatinya bagai dihiris,dulu namanya disebut2 kerana kecantikannya,kedudukannya dan darjatnya sebagai isteri kpd perdana menteri,tetapi kini ejakan dan hinaan yg amat memalukan sedang menimpanya. 

Menebus Rasa Malu 


   Zulaika menebus rasa malunya itu dengan mengadakan majlis makan malam.Dalam majlis itu hanya disediakan berbagai jenis buah2an. Tetamu yg hadir terdiri daripada isteri2 pembesar dan pemimpin setempat.masing2 diberi sebilah pisau tajam utk memotong buah. Ketika wanita2 itu sedang sibuk memotong buah.nabi Yusuf dipanggil oleh zulaika utk memperlihatkan dirinya dihadapan wanita2 tersebut. Wanita2 tesebut semuanya tercengang2 dan kehairanan melihat ketampanan Nabi Yusuf yg bagaikan bulan purnama menerangi kegelapan malam. Sehingga tidak sedar mereka memotong jari2 mereka ada yg berdarah dan hampir putus jari2 mereka..dan mulut mereka berkata.”sesungguhnya ini sama sekali bukan manusia tetapi adalah malaikat yg mulia!”
    Wajah zulaika yg manis melayan tetamu kini bertukar nenjadi merah padam.Dendamnya telah terbalas, setelah ditegur oleh zulaika, smua wanita di situ memandang antara satu sama lain.kini barulah mereka terasa pedihnya luka di jari.Ada yg menjerit kesakitan dan ada yg pengsan.Zulaika menempelak wanita2 yg menghiris jari mereka sendiri krn terpukau pada Nabi Yusuf dengan hanya sekali imbas memandangnya sahaja.
    “memang benar aku mencintai Yusuf.aku tergila2 kpd ketampananya.dia telah dibesarkan dihadapan mataku sendiri.aku menyaksikan pertumbuhannya hari demi hari.Dia duduk bersamaku di bawah satu bumbung.aku sentiasa meliahat cahaya dan sinar yg sentiasa terpancar dari wajahnya…memang aku tidak malu mengatakan yg aku sgt cinta padanya dan aku sgt menginginkannya.aku sanggup menjadi hina dan rendah demi mencapai segala yg ku idam2kan…akan tetapi malangnya nasib ku, dia tidak mahu menuruti segala permintaan ku, dan sekarang jika dia masih enggan mentaati apa yg ku perintahkan.akan ku humbankan dia ke dalam penjara, biar dia menjadi org yg hina! “
      Wanita2 itu cuba memujuk Nabi Yusuf supaya menurutkan kehendak zulaika agar terselamat dari tuduhan dan tercampak kedalam penjara.
Nabi Yusuf ternyata tak mudah dipengaruhi.dengan berlindung kpd Allah,Baginda berkata:
  “Tuhanku penjara lebih kusukai,daripada memenuhi ajakan mereka kpdku,jauhkan aku dari tipu daya mereka”
    Sewaktu Nabi Yusuf dibawa keluar dari pintu istana utk dipenjarakan, Zulaika memerhatikannya dari jauh.Dia merasakan seolah2 sebahagian dari hatinya telah tercabut.Terasa badannya lemah dan tak bermaya..walaupun dialah yg memaksa suaminya utk memenjarakan Nabi Yusuf.

Cinta Yang tak Kunjung Padam


Hari demi hari berlalu, rasa sedih, kecewa, kesal,derita, merana dan putus asa mewarnai kehidupan zulaika.Walaupun Nabi yusuf tiada,cintanya pada nabi yusuf tak pernah Padam.Hari2 yg berlalu dirasakan bertahun2.Fikirannya semakin lama semakin kacau.akhirnya zulaika hilang pertimbangan.kekuatan perasaan telah mengatasi akalnya.suaminya hanya dpt menasihati dan berusaha utk menyembuhkan zulaika yg semakin teruk itu.Akhirnya Al-Aziz yg tak dpt lagi menanggung malu itu terpaksa menceraikan zulaika.
Keadaan zulaika tidak terurus lagi.Kecantikan yg dibanggakan dulu kini hilang.Dia duduk di tepi2 jalan sambil tangannya mengira butiran2 pasir dan bibirnya tdk putus2 menyebut nama Nabi Yusuf
    Berkat kesabaran Nabi Yusuf menghadapi ujian dan melawan hawa nafsunya,akhirnya Allah memberi penghoramatan padanya di dunia lagi.setelah hampir bertahun2 lamanya dipenjara,raja telah mengeluarkannya.Dia diangkat menjadi menteri krn kepandaiannya
Mentafsir mimpi.
Suatu hari sedang Nabi yusuf berjalan ditepi pasar,dia ternampak seorang perempuan separuh gila yg tdk henti2 menyebut namanya.itulah zulaika.dengan mukjizat yg dikurniakn kpd Nabi Yusuf.Zulaika Berjaya dipulihkan dan akhirnya beriman kpd Allah swt.Allah yg bersifat pemurah lagi amat mengasihani mengembalikan paras rupa zulaika menjadi muda dan cantik semula, lalu berkahwinlah mereka.
        Zulaika sudah jauh berubah, Zulaika kini adalah seorang yg taat kpd Allah.setiap masanya dihabiskan utk berbakti kpd Allah.Dia sgt terhutang budi kpd Allah krn masih mahu menyelamatkannya.Setiap detik hatinya merasakan dirinya hamba yg serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dlm semua keadaan…..
         Dulu cintanya pada Nabi Yusuf hanyalah berdasarkan nafsu semata2.kini Nabi Yusuf hanyalah alat utk menyampaikan cintanya kpd Allah.Dia lebih suka menyendiri dari manusia bahkan dari Nabi Yusuf sendiri..Masa 24 jam sehari semalam rasanya tidak cukup  untuk dia beribadah,bermunajat, bercakap2 dan tenggelam dalam mengingati Allah.Manusia dan dunia baginya tdk member erti lagi sekalipun suaminya.kalau Nabi Yusuf berhajat padanya di siang hari dengan lembut dia akan menangguhkan sehingga ke malam.Tetapi apabila Nabi Yusuf mengajaknya pada waktu malam dia akan menangguhnya sampai ke pagi.
         Dia tdk bermaksud menderhakai suaminya.Hatinya telah tawar pada keinginan nafsu syahwat.Dia berkata kpd nabi Yusuf “wahai suamiku, sebenarnya aku telah menyintaimu sebelum aku mengenal Dia.Tapi setelah aku mengenal-Nya, kecintaan kpd Nya tidak memberi tempat selainNya.Aku tidak menginginkannya  selainNya.”
          Sampai satu keadaan, Nabi Yusuf menarik baju zulaika yg asyik duduk disejadah supaya memenuhi hajatNya.Inilah  qisas yg Allah tunjukkan, dulu Zulaika menarik baju Nabi Yusuf kini keadaan telah terbalik
          Begitulah nafsu kalau belum mengenal Tuhannya dia sanggup berbuat apa saja.Tetapi bila nafsu telah mengenal Tuhannya ketika itu tidak ada yg lain selainNya.Tuntutan nafsu akan dilepaskan sesuai menurut syariat
          Nabi Yusuf memujuk zulaika supaya menyedari tanggungjawab sebagai isteri,antara lain katanya:
          “Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan aku dengan perbuatan itu dan mengkhabarkan padaku bahawa Dia akan mengeluarkan dari mu dua org putera serta dia akan memjadikan keduanya Nabi dari keturunan ku.”
          Mendengarkan itu zulaika sedih dan hiba,dengan nada yg sayu dan hiba dia berkata: “Kalau Allah memerintahkan engkau dengan itu dan menjadikan aku sebagai jalan perantaraanNya,maka itu juga satu perbuatan taat kpd Allah.maka sebagai isteri aku taat dan patuh kepadamu.
          Ketika itu kehidupan mereka menjadi tenang semula,setelah masing2 tahu tanggungjawab sendiri.Hasil pergaulan suami isteri yg soleh dan solehah itu,Allah kurnikan mereka anak2 penyambung perjuangan mereka bagi meneruskan perjuangan memerdekakan umat dari belenggu nafsu  dan syaitan…. Sekian saje cerite utk hari ini..semoga kisah ini dapat mberi pgajaran utk kte semua..salam

0 comments:

Post a Comment